Monday, November 1, 2010

Jemaah Jawatankuasa Syariah ANGKASA

TERMA RUJUKANJAWATANKUASA SYARIAH ANGKASA

AHLI JAWATANKUASA


MESYUARAT JAWATANKUASA SYARIAH


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UTAMA JAWATANKUASA SYARIAH

b)    Menyemak dan mengesahkan polisi dan garis panduan yang berkaitan dengan Syariah;
c)    Mengesahkan dokumen yang berkaitan dengan cadangan produk dan perkhidmatan baru termasuk kontrak,     perjanjian atau dokumen perundangan lain yang digunakan ketika melaksanakan urus niaga;
d)    Mengesahkan garis panduan produk, iklan pemasaran, ilustrasi jualan dan risalah yang berkaitan dengan produk, perkhidmatan dan aktiviti ANGKASA
e)    Menasihati ANGKASA dalam pengiraan dan pengagihan Zakat;
f)    Membantu dan menasihati pihak-pihak yang berkaitan, seperti peguam, juruaudit dan jururunding ANGKASA dalam hal-hal yang berkaitan dengan Syariah apabila diminta;
g)    Menasihati ANGKASA dalam perundingan dengan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (“SAC”) mengenai sebarang perkara yang berkaitan dengan Syariah yang belum diselesaikan atau disahkan oleh SAC, tertakluk kepada Garis Panduan yang dikuatkuasakan oleh SKM.
h)    Merekod sebarang pandangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Syariah.  Khususnya, JS dikehendaki menyediakan pandangan Syariah secara bertulis dalam keadaan yang berikut:


Nota :
Terma Rujukan
Diluluskan oleh JKT pada Mesyuarat JKT 3/2010, 31 Mac 2010

Monday, October 4, 2010

Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan 2010 - 5 dan 6 Okt. 2010

Cadangan pelepasan CUKAI KOPERASI:-
  1. Pengurangan kadar mengikut kategori pendapatan bercukai melebihi RM20,000   dan seterusnya sebanyak 1 mata setiap kategori. 
  2. Meningkatkan amaun pendapatan bercukai untuk setiap ringgit pertama daripada RM20,000 kepada RM50,000. 
  3. Kadar cukai bagi kumpulan pendapatan bercukai melebihi RM500,000 kekal pada 24% 
  4. Penundaan tempoh pengecualian cukai dari tarikh berdaftar koperasi dinaikkan daripada 5 tahun kepada 8 tahun. 
  5. Meningkatkan amaun kumpulan wang anggota pada hari pertama tempoh asas tahun taksiran daripada RM750,000 kepada RM1,200,000. 
  6. Belanja mesyuarat agung dijadikan sebagai belanja yang dibenarkan dalam pengiraan pendapatan perniagaan. 
  7. Belanja agen cukai dibenarkan dalam pengiraan pendapatan perniagaan. 
  8. Elaun modal diberikan kepada bangunan komersial milik koperasi. 
  9. Pengecualian terhadap transaksi antara koperasi dengan anggotanya. 
Tajuk: Isu Terkini Cukai.


Ahli Panel: 1 Cukai Koperasi.

Wednesday, September 29, 2010

Bersama PM

Pertemuan dengan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada 16 Ogos 2010 di kediaman Perdana Menteri SRI PERDANA di Putrajaya.